Tuesday, 15 July 2014

puaka

Kelat rasa bila bersendiri bukan?
Tercari cari entah apa di sekeliling
Kanan kiri atas bawah, engkau masih sendiri
Walaupun dalam keriuhan manusia berbicara
Sehingga engkau mampu mendengar butir bicara mereka
Sehingga engkau muak mendengar mereka
Entah apa yang mereka bualkan
Entah apa yang mereka pertikaikan
Kekadang butir mereka kebanyakannya celaka
Ada yang fasih perihalkan orang lain sehingga hal sendiri terbau busuknya
Babi bukan?
Kekadang isu itu hanya sekelumit
Tapi bila isu itu dibualkan manusia bermulut puaka
Isu itu mampu menjadi punca dan sumber manusia bermusuh
Engkau kekadang persetankan hal itu
Hakikatnya, sebagai manusia biasa
Masih engkau merasakan api api kebencian di mata mereka
Lalu engkau pendam dan jadikan dendam
Tidakkah si puaka itu tahu dendam itu bahaya?
Tidakkah si puaka itu tahu bangkainya sendiri terdedah?
Tidakkan si puaka itu rasa penat?
Ke sana ke mari mencanang cerita
Hairan bukan?
Usaikan hal hal itu
Campakkan ke tepi lalu kau memencilkan diri
Supaya manusia tahu
Lambat laun bangkai yang dipunyai si puaka
Berbau seperti babi
Dan kecundang celaka lah dia
Share:

Thursday, 3 July 2014

lagi

Besendiri lagi
Berfikir lagi
Bertemankan minuman kegemaran
Juga bertemankan novel genre yang mengena
Indahnya jiwa aku rasanya
Kalian bisa kata apa apa yang mahu
Tapi bersendiri begini
Buat aku mampu hidup
Dalam pentas dunia aku sendiri
Di mana yang lain berhadapan dengan lakonan manusia
Yang entah apa apa
Tak terjangkau akal waras aku
Tetapi begini
Otak aku berfungsi laju
Untuk terus tidak pertikai keindahan dan kenikmatan dunia
Setelah sekian lama
Acap kali otak aku memaksa aku bersendiri
Melakukan segala apa yang aku gemar
Menghentikan kepala aku daripada menjadi tepu
Dengan tulah tulah manusia
Dalam bulan ramadhan ini
Lagi lagi lagi
Aku mahu begini
Selama tempoh masa yang diberi Tuhan
Tenggelam dalam lautan malam
Kelam dan gelap
Tidak dapat aku huraikan kebahagiaan ini
Terima kasih Tuhan
Beri aku kesempatan
Bernafas dalam ruang sendiri
Bernafas dalam dunia sepi sendiri
Alhamdulillah
Share: