Nak cakap apa
Nak jerit apa
Akhir cerita nanti
Kau sendiri
Nafas kau ada
Air kau ada
Rasa kau ada
Pancaindera kau ada
Apa lagi?!
Makan orang suap
Minum orang hidang
Mandi orang siram
Sakit orang jaga
Apa lagi?!
Apa lagi kau tagih?
Buat cerita sedih?
Atas alasan manusia berkasih?
Kelip kelip kelip
Terus aku lihat objek itu
Buat tidak tahu
Ya, peganggu itu
Borak borak borak
Ada yang sampai memekak
Ada yang sampai sepi
Alahai, peganggu itu lagi
Nyanyi nyanyi nyanyi
Lagu rentak itu ini
Bersama memecah sunyi
Ah, peganggu itu lagi
Perihal peganggu itu
Sangat menjengkelkan
Satu perkara nak aku tahu
Tiada lagi perkara lain yang kau kerjakan?
Buka mata
Diam
Fikir
Ah, babi!
Tengok gajet
Buka applikasi itu ini
Diam
Fikir
Ah, sial!
Aku sebenarnya lupa
Lupa rasa teruja
Lupa rasa ketawa maksima
Diam
Fikir
Ah, persetankan!
Mata itu
Terlukis duka
Mata itu
Cuba berbicara
Mata itu
Menjerit hiba
Mata itu
Menutup luka
Mata itu
Sinarnya tidak bahagia
Mata itu
Redup meronta
Dan aku cuba
Cuba beri bahagia
Tapi mata itu
Mahu terus derita
Maaf.
Ketang ketung
Rasa macam kena ketuk!
Hmm haih
Rasa macam dah tiada nafas!
Muka senyum
Tutup bengang
Kau tahu apa?
Bajingan!
Diam dan lihat
Apa kena manusia ni?
Perhati
Kenapa palat perangai ni?
Satu kawasan
Satu kaum
Tapi tak bertegur
Pilih kedudukan sendiri
Bodoh!
Pergi hidup dunia sendiri!
Tak payah nak cakap pasal kaum
Bukan kau perjuangkan pun!
Dulu
Kau pandai mengabadi
Kau bijak memahami
Kau petah memuji
Kau galak beri kata janji
Dulu
Kau lihat aku sempurna
Kau hanya mahu bersama aku
Kau bersama berusaha membantu
Kau berkata susah senang bersama
Dulu
Kau kerap bertanya khabar
Kau selalu peduli tentang aku
Kau suka nak tahu pasal aku
Kau ramah menegur aku
Tapi itu semua dulu
Ketika kau lihat aku senang dan kau tahu kau akan merasai kesenangan aku itu
Kini
Aku menjadi bahan gurauan
Aku dikata tolol
Aku makan kata keji
Aku harap kau tunaikan apa yang dijanji
Kini
Aku kau pandang hina
Aku kau sisih
Aku kau tikam
Aku kau tak kisah
Kini
Aku tidak kau pandang
Aku tidak kau peduli
Aku kini bersendiri
Aku dijadikan bahan keji
Bila bersendiri aku perhati
Itu engkau, manusia yang punyai kata manis dulu
Aku hanya mampu menahan rasa
Jauh di sudut hati aku lafaz terima kasih
Bangun pagi
Bersihkan diri
Selidik itu ini
Rambut sisir rapi
Enchanter disembur wangi
Sempurna!
Bersedia!
Hati gembira!
Buang duka!
Itu semua sekadar impian
Lunyai lebur diinjak hebat
Kejam kan?
Jantan memang keparat!
Sial!