Wednesday, 30 April 2014

pakaian

Dalam layar minda
Aku tergambar satu pakaian
Indah
Aku sebagai gadis
Menginginkannya
Pakaian yang membuat aku rasa bahagia
Pakaian yang mampu buat aku rasa dihargai
Pakaian yang membolehkan aku rasa disayangi
Ya, aku pernah memakainya dulu
Ketika masih mentah, jahil
Dan aku membutuhkan kasih sayang
Yang kononnya tulus dan luhur
Aku memakainya sehingga rabak, koyak!
Hilang keindahannya
Tiada lagi kasih sayang
Tiada lagi keikhlasan
Tiada lagi rasa dihargai
Tapi itu dahulu
Aku menginginkan yang baru
Yang terlayar dalam minda
Aku seorang gadis yang terlalu inginkan pakaian itu
Terlalu ingin untuk memakainya
Sehingga kini
Aku menunggu seseorang yang mampu memberikan pakaian itu
Dan mahukan aku memakainya
Sehingga hujung nafas aku
Tidak sesekali dia meminta untuk aku membukanya
Malah membiarkan aku bahagia
Gembira
Sebolehnya tiada air mata
Setelah memberikan aku pakaian itu
Share:

Sunday, 20 April 2014

sakit

Pasti sakit bila terjatuh bukan?
Pasti akan mendapat luka bukan?
Atau paling kurang mendapat kesan lebam
Tapi masih menyakitkan
Kekadang kesan lebam itu sudah cukup untuk buat kita berhati hati
Tetapi itu hanya untuk sementara waktu
Kelak suatu masa
Kita akan merasai kesakitan itu secara berulang kali
Bila jatuh lagi
Baru kita sedar
Yang kita pernah jatuh seperti masa yang lepas
Masa yang kita hiraukan kesakitan itu
Masa yang kita nak pastikan kesakitan itu tidak berulang
Tapi bila kesakitan itu pergi
Kita lupa, lalai
Kita terus dan terus menapak
Sehingga kita tersadung lagi
Terjatuh lagi
Menangis lagi
Meratap lagi
Kita belajar sebenarnya
Belajar menerima kesakitan dalam keterpaksaan
Merelakan kesakitan itu bertapak dalam diri
Kita tidak pernah peduli apa jenis kesakitan yang datang
Sebab kita akan tetap menerima kesakitan itu
Biarlah pedih mana pun
Biarlah dalam mana pun
Pengakhirannya kita akan senyum
Ketawa
Seperti tiada apa
Dan tanpa sedar
Kita membiarkan diri kita berada dalam keadaan tak bersedia
Untuk terima kesakitan itu lagi
Tapi yang sedikit malang
Kita tak pernah belajar untuk mendidik diri untuk bersedia
Bersedia untuk menghadap kesakitan itu
Yang kita tahu
Menyalahkan takdir
Walaupun acap kali kesakitan itu mendiami dalam diri kita
Bila kita akan belajar bersedia?
Bila kita akan berhenti menyalahkan takdir?
Percayalah, kesakitan itu hanya ada di sebelah kita
Sampai masa
Kesakitan itu akan menusuk diri kita
Dan membuat kita menangis
Walhal itu perkara yang sudah menjadi tugas untuk sakit itu datang
Supaya kita terus belajar
Dan tidak lalai
Share:

Monday, 14 April 2014

cari

Pada dinihari yang sunyi
Saat semua manusia menguasai alam mimpi
Aku bersendiri
Memikirkan kuasa yang patut aku rasakan
Semuanya seakan hilang
Lohong yang terlalu dalam mematikan akal waras
Aku mencari cari di dalam lohong itu
Mencari suatu perkara yang mustahil
Ngilu rasanya jiwa ini
Sehingga aku lupa rasanya gembira
Aku hanya mampu etawa berdekah tanpa ada jiwa yang seiiring
Seiiring gembira dengan ketawa itu
Mungkin kedengaran palsu
Tapi aku persetankan
Kerana aku mahu rasai kegembiraan seperti manusia lain
Yang berjaya berkuasa dalam mimpi mereka
Mahupun realiti mereka
Mungkin ada yang sama
Mungkin ada yang pedih
Mungkin ada yang perit
Tapi ini hal aku
Kisah hidup aku yang aku sendiri manipulasi
Agar tiada yang mampu tembus tembok jiwa aku
Yang mampu menampakkan kebutaan aku untuk mencari
Dan terus berusaha mencari sesuatu dalam lohong itu
Share:

Sunday, 13 April 2014

cerita

Malam yang dingin
Indah nian segala ciptaan-Nya
Kita selalu leka
Dengan hiasan palsu dunia
Hidup dalam cereka sendiri
Entah bila ada pengakhirannya
Payah
Sedih
Menangis
Jiwa meratap
Tapi tetap utuh senyuman di bibir
Pabila berkata
Semuanya gah kedengarannya
Mulut mencipta cerita
Menghibur hati manusia lain tatkala jiwa sendiri meronta
Kebahagiaan, kegembiraan diinginkan
Tapi itu hanya cerita
Cerita yang mungkin tidak menjadi realiti
Sekadar fantasi
Untuk mengisi lohongnya jiwa manusia lain
Selain jiwa sendiri

Share:

cahaya

Kekadang gelap, kekadang terang
Gelap menakutkan, terang menyenangkan
Tapi sebalik kedua cahaya itu,
Terpalit cerita
Manusia lebih senang memilih terang
Pernah terfikir kenapa?
Pada akal akal yang kolot
Gelap didefinasikan sebagai sesuatu yang bahaya
Jadi tidak perlu ke arah itu
Tapi tidak pada aku
Bagi aku, kegelapan itu indah
Kegelapan itu mendidik
Beribu maksud mampu membuat otakku berfikir
Berfikir, memahami dengan kronologi kronologi yang terhasil dalam kegelapan itu
Terang pula terlalu melalaikan
Mengalpakan kita dengan dunia
Cahaya terang itu membuat kita lupa tentang adanya kegelapan
Adakah kau sedar cahaya terang itu menjadikan kau boneka?
Adakah kau terfikir cahaya terang itu sedang membodohkan akal waras kau?
Buka deria kau, buka!
Jangan terus leka dengan terangnya cahaya
Kearan cahaya itu makin memalapkan jiwa kau,
Membutakan dan akhirnya mati!
Share:

Wednesday, 9 April 2014

parut

Apa yang kau rasa bila letak garam pada luka?
Apa akan jadi pada luka itu?
Adakah kau menangis atau berpura pura tiada rasa apabila kau merasai kepedihan itu?
Adakah kau akan sedih apabila terhasilnya parut daripada luka itu?
Dalam akal kau
Kau akan mencuba segala ikhtiar bagi menghilangkan parut itu
Bagi kau, parut itu umpama perkara yang kau tidak mahu ingat
Tapi kau terpaksa merelakan minda kosong kau dibawa arus kenangan
Kenangan yang membuatkan parut itu wujud
Sampai satu masa
Kau putus asa untuk mencari ikhtiarnya lagi
Kerana parut itu tidak akan pernah hilang
Parut itu akan terus kekal walaupun dikikis habis
Putus asa yang dirasai mengakibatkan kau mula mencekalkan diri kau
Tidak sanggup lagi kau menambahkan luka dan parut yang sedia ada
Lalu kau lindung diri kau daripada tercela dan terluka dan teraniaya
Kau kemaskan diri kau daripada mengulangi kesalahan dan kecelakaan yang sama
Kerana parut itu kau derita
Kerana parut itu kau sengsara
Kau gagahkan diri daripada menjadi insan bodoh menatap keperitan parut itu
Masa depan yang samar memungkinkan parut baru tercipta
Kau tahu dalam sesaat semua perkara dapat diubah
Jadi kau pilih untuk menjadi begini dan bukan begitu, yang dahulu.
Share:

Tuesday, 8 April 2014

runsing

Assalamualaikum. Kalau entry sebelum sebelum ni aku banyak mengarut, kononya berpuisi. Kahkahkah. Sekarang ni aku nak taip cerita. Apa apa hal mengarut jugak. Lantak kau lah nak fikir apa. 

First of all, aku rasa bengang sangat. Caci maki aku dalam hati bila aku tahu kawasan tempat tinggal aku mengalami ketiadaan air dan dengar cerita ini sebab kes catu air. Kenapa lah bahalul sangat? Sekarang dah bukan musim kemarau kan? Tapi mungkin ada sebab tertentu jugak. Aku nak cakap, aku ni penyabar orangnya, tapi kalau bab cenggini, yang buat aku rasa nak mengamuk macam orang gila, memang aku tak boleh tahan. Kemut kemut rasa jiwa aku menahan rasa nak mencarut.

Tak ada itu satu hal, hal yang lain pulak, aku rasa macam sangat mengarut ialah bila ada lagi manusia yang suka main sihir sihir sebab nak hancurkan hidup orang lain. Apa lahanat sangat perangai kau? Kau belajar sampai tahap master pun kalau kau bangang dalam mengenal agama, baik duduk dalam hutan dengan beruk. Dah tak ada beza kau dengan beruk beruk dan ungka ungka di sana. Yanag beza, mereka tidak berhati busuk macam kau.

Memang lah patut manusia macam kau hidup, sebab kalau tak ada, tak ada lah menguji kesabaran dan menguji kasih sayang orang orang normal kan? Haa tapi kau punya tahap bangang bodoh tu sampai aku rasa nak lapah lapah kulit kau bagi harimau makan. Kat situ aku dah buat amal jariah terhadap haiwan. Haa sebab haiwan memang tak boleh fikir dah, diorang tibai makan je walaupun jiwa kau busuk. Runsing aku dengan manusia macam kau ni.

Kesian tahu tak? Bukan lah aku kesian apa, tapi kesian jiwa yang Tuhan bagi pinjam kat kau, kau busukkan dengan perbuatan yang sia sia. Bangang. Aku tak ada lah marah, aku sikit pun tak heran, itu hak kau, pergi mampus asalkan kau tak usik kebahagiaan aku. Tapi kau dah usik tau? Kau kucar kacirkan apa yang tak sepatutnya. Muka kau memang haram lawanya, sekali tengok orang nak tapi punya lah busuk jiwa kau. Ishh, runsing aku macam mana manusia macam kau boleh ada jiwa macam tu. Dah macam drama pulak. Aku syak kau nak jadi pelakon tak jadi, so, dalam relaiti hidup kau pilih untuk berdrama. So pathetic. Aku runsing sampai aku rasa macam nak belai belai dengan penuh kasih sayang dengan manusia macam kau.

Apa yang kau tak puas? Ada suami, ada anak, ada harta. Then nak cari pasal dengan aku. Kau punahkan kebahagiaan aku, aku diam je. Kau sepatutnya bersyukur tahu? Suami kau tu sangat handsome dan kaya dengan kesabaran walaupun disihir sendiri oleh bini macam kau. Aku tak tahu lah kau belajar ilmu agama atau tak. Itu pun aku runsing jugak. 

Aku terpaksa merunsing kat sini sebab kau jadi sebahagian daripada keluarga aku. Aku tahu tak sepatutnya aku buang masa runsing untuk kau tak tentu hala. Tapi aku nak make sure suami kau terlepas daripada kau dan dah jadi tanggungjawab aku nak bahagiakan suami kau. Aku sayang suami kau sebab tanpa dia aku tak kenal dunia ni. Aku takkan tabah macam ni. Aku respect dia macam mana orang lain respect dia. Aku tahu dia tak pernah kacau hidup orang lain macam mana yang kau buat. Aku yakin dengan kata kata umi aku. Aku akan pastikan yang suami kau terlepas daripada cengkaman manusia yang egois dan pentingkan diri macam kau. 

Ayah, don't worry. She will get what she should get. She is evil. 
Share:

sayang

Kau kata kau sayang tapi kau mempergunakan dia
Apa maksud sayang dalam kamus hidup kau?
Kau siksa dia, kau sakitkan dia, kau biarkan dia
Kau tak pedulikan dia
Dia menjadi bodoh dalam mencari sayang kau dan mendalami jiwa busuk kau
Sayang kau kepada dia macam gula gula
Semakin mengecil dan hilang bentuknya daripada mulut kau
Layak dikunyah dan ditelan untuk menjadi sisa buangan suatu hari nanti
Itu yang kau kata sayang?
Kau patut bersyukur sebab kau dikurniakan manusia yang sayang kau secara membabi buta
Dia sanggup melepaskan segala yang dia nak dalam hidup dia demi kau
Segala perhatian dan kasih sayang dia hanya untuk kau
Kenapa kau buta?
Kenapa kau biarkan dia menjadi hamba kepada sayang kau yang palsu itu?
Kau hancurkan kehidupan dia dengan lafaz sayang kau yang kau tahu hanya untuk kepentingan kau
Kenapa kau kejam sangat?
Apa yang kau dapat?
Zalimnya kau
Andai suatu masa dia tinggalkan kau lepas dia sedar dengan kepalsuan kasih sayang kau
Jangan kau meratap, jangan kau cari
Sebab sampai bila bila jiwa kau takkan pernah subur dengan sifat sayang
Share:

Monday, 7 April 2014

setia

Pada aku, setia perkara yang mudah
Sama seperti rutin rutin hidup yang lain
Setia itu maksudnya kita terima baik buruk si dia
Tidak menilai dengan sebelah mata
Menggunakan akal untuk memahami setiap tindak tanduk si dia
Tidak mustahil untuk setia
Jika kasih untuk si dia ada di dalam hati suci kau
Tidak berteraskan nafsu atau harta atau mungkin untuk kepentingan sendiri
Setia lahir daripada jiwa yang luhur dan tulus
Tetapi manusia memilih lagi untuk tidak setia
Kerana ada yang mengatakan bahawa setia itu perkara sia sia
Bagi aku, setia bukanlah perkara sia sia
Setia merupakan salah satu cara untuk kau mendidik jiwa agar bersabar
Tidak cepat melatah dan sentiasa membuat yang terbaik dalam hidup
Tidak kira hidup kau atau si dia
Tidak perlu lafaz ayat cinta terus menerus jika hati dipalit kehitaman
Erti setia dalam perhubungan, dipandang ringan
Kepada manusia yang setia jiwanya
Aku yakin, jiwa mereka tabah dan cekal
Kerana suatu ketika dulu, setia itu yang menemani kehidupan aku
Sehingga aku menjadi seorang manusia yang tidak berjiwa kini
Sifat setia itu tidak salah
Tetapi aku yang salah, setia kepada perkara yang sia sia
Setelah diamati, setia kepada Yang Esa, pengubat segala derita
Kesabaran yang tertanam daripada sifat kesetiaan terus teguh dengan udara dariNya
Tiada yang layak menerima kesetiaan daripada manusia selain Yang Maha Penyayang
Walaupun segelintir begitu mudah mempersendakan kesetiaan
Percayalah, suatu hari nanti, kalian akan merasakan kepedihan akibat perbuatan kalian
Share:

Sunday, 6 April 2014

maaf

Maaf, sesuatu perkara yang sukar dilakukan walaupun senang diucap
Kekadang ada yang sukar untuk mengucapkan kata maaf walaupun perkara itu mudah
Perkara ini juga merupakan antara salah satu kelemahan manusia
Sesetengah daripada manusia itu menganggap maaf itu ialah perkara yang lemah
Menampakkan ketidakjantanannya sebagai seorang manusia
Mahupun lelaki ataupun perempuan
Maaf itu sukar untuk dilafazkan
Bagi sebahagian daripada kita pula
Maaf itu ialah kata yang terlalu senang diucap
Dirinya tidak peduli jika manusia lain mengatakan itu ialah kelemahan dia
Jika dirinya dirasakan bersalah ataupun sedang melakukan kesalahn
Maka maaf akan ditutur
Kekadang kesalahan itu bukan lah berpunca daripada dirinya
Tetapi bagi memulihkan keadaan yang keruh
Maka dengan rendah diri, maaf dituturkan
Tiada salahnya menutur kata maaf
Perkara itu mampu memulihkan dan memurnikan jiwa
Sifat egois dalam diri boleh ditumpulkan
Maaf juga perlu ditutur agar dendam antara manusia tidak terpendam begitu lama
Tiada guna jika mampu meyakinkan seribu manusia tentang sesuatu tapi mengutarakan kata maaf itu tidak mampu
Kau seumpama manusia yang tidak tahu yang kau juga ada bayang bayang kau sendiri
Tuturkan lah kata maaf itu
Itu bukan perkara sukar
Apa yang salah akui
Kerana kita manusia sentiasa alpa
Alpa dengan hampir dengan segala hal
Share:

Saturday, 5 April 2014

cuba

Kau pernah tak terfikir kenapa kau cuba sesuatu yang baru?
Kau pernah tak terfikir alangkah bagusnya kalau kau tak cuba sesuatu tu?
Kau pernah tak rasa menyesal lepas cuba apa yang tak sepatutnya kau cuba?
Kekadang kau rasa seronok bila buat benda baru
Kau akan rasa macam dunia ni ada dalam genggaman kau
Sampai kau rasa kau mampu menundukkan manusia sekelilingnya
Walhal kau tak ada kuasa
Hanya sebab kau cuba sesuatu yang baru
Ramai yang tunduk hormat kat kau, jadi kuli kau
Bagi mereka kau lah wira, kaulah raja sehingga kau megah dan bangga
Tapi bila kemegahan kau hilang dan tiada lagi benda baru untuk kau cuba
Kau mula dipinggirkan, diketepikan
Umpama sampah dalam sungai, dilihat tanpa perlu dikutip
Bagi mereka kau dah tiada harga, taring kau dah hilang
Lalu kau cuba lagi, tapi cubaan kau hanya dipandang enteng
Tidak lagi kau rasa kemegahan dulu
Manusia manusia hanya memandang kau seperti mencari publisiti murahan
Yang terdesak mahukan perhatian
Bila kau berkata kata, kau hanya dipandang kosong walaupun itu perkara yang konkrit
Akhirnya kau keseorangan, bersendirian
Tidak lagi kau cuba melakukan perkara yang baru
Tetapi kau meneruskan kehidupan seperti biasa
Seperti manusia yang tiada harga diri di mata manusia yang lain
Namun kau tahu kau masih berhutang pada yang Hak
Kau tidak ambil peduli lagi dengan manusia
Kau mula cuba untuk berdamping dengan Maha Esa
Kau mula cuba untuk mencari jalan kebenaran
Di mana saat itu manusia yang melihat kau seperti sampah
Mula mengangkat kau kembali, menyebut nyebut nama kau seperti zaman kemegahan kau
Tapi kau pilih untuk cuba tinggalkan dunia itu kerana kau lebih mengutamakan hutang kau kepada-Nya
Kau dicaci dihina kerana cubaan itu
Kini kau sedar, manusia memang hanya memandang perkara dunia
Dan setiap perkara pasti ada hinaan dan pujian
Mulai saat itu, kau terus cuba untuk menguasai dunia juga akhirat
Dan kau bermohon diri kau disucikan daripada perasaan megah seperti dahulu
Kau cuba yakin dengan itu dan kau memperoleh keyakinan yang abadi
Share:

Friday, 4 April 2014

rahsia

Dilema menjadi bila rahsia diketahui
Bila rahsia itu melibatkan orang yang terdekat
Bila yang menjadi mangsa juga ialah orang terdekat
Pelbagai kemungkinan rahsia itu untuk dibuka
Untuk diceritakan kepada si mangsa
Tetapi apakan daya, janji sudah demeterai agar perkara itu terus menjadi rahsia
Tidak sanggup rasanya untuk menjadi sebahagian daripada rahsia ini
Si mangsa akan terluka teruk parah dan kecewa
Aku tahu kebarangkalian untuk si mangsa rasa bersalah kepada masa silam adalah amat tinggi
Mungkin si mangsa akan bereaksi secara bersahaja
Tapi hatinya tiada siapa dapat menduga geloranya
Aku yang mengetahui rahsia ini juga seakan tidak mampu menahan kesedihan
Kepedihan, parah dan luka
Rahsia yang ternyata bodoh dan menunjukkan betapa bodohnya manusia yang melakukan perihal yang sedemikian
Tidak memikirkan pengorbanan si mangsa sepanjang bersama
Betapa bodoh manusia itu
Betapa cetek pemikiran manusia itu
Betapa banyaknya palat yang lekat di hati manusia itu
Aku tahu lambat laun rahsia ini akan terbongkar
Jika aku si mangsa, mungkin aku tidak sanggup mengetahui rahsia ini
Jika aku manusia itu aku akan leboh menghargai orang yang menyayangi aku
Tapi malangnya aku hanya manusia yang mengetahui rahsia itu
Aku tersepit kerana aku tidak sanggup melihat si mangsa terus menjadi mangsa
Dan aku tahu aku takkan sanggup melanggar rahsia itu kerana perjanjian itu

Share:

siapa

Siapa kau untuk menghukum?
Siapa kau untuk menilai?
Kau kena tahu, kau juga manusia biasa
Melakukan kesalahan tanpa kau sedar
Melatah tanpa sebab
Jadi buka minda kau untuk memahami dan memerhati
Jangan membabi buta meletakkan hukum pada manusia lain yang kau tak tahu bagaimana isi hatinya
Dia mungkin lebih baik daripada yang kau sangka dan mungkin sebaliknya
Kau terlalu alpa menghukum manusia di sekeliling kau
Siapa kau untuk buat semua tu?
Ya, kau dikurniakan akal, begitu juga dengan manusia lain
Setiap satunya mempunyai buah akal yang berbeza
Tidak mugkin sama! 
Kau bukan siapa siapa di mata dunia
Kalau kau dikenali pun di dunia, masih ada yang tidak mempedulikan kau
Setiap daripada mereka sibuk menunaikan kehendak dalam diri masing masing
Kau siapa untuk menghalang?
Kebarangkalian yang buah akal mereka lebih positif daripada kau mungkin ada
Jangan nafikan, terima
Manusia tiada yang sempurna
Kau tahu perkara itu tapi kau terus menghukum
Kau siapa sebenarnya?
Nak lemparkan hinaan itu ini?
Kau tak rasa kau umpama bercakap menghadap cermin?
Satu kau kena tahu, kau menghukum orang itu ini akhirnya akan ada pembalasan
Sehingga kau takut manusia lain berbuat perkara yang kau dah letakkan hukum kau sendiri.
Walaupun kau kononnya penghukum yang sempurna
Ingat, jangan terkejut bila kau menerima kata kata nista yang kau pernah lempar kepada orang yang dihukum oleh kau.
Share:

Thursday, 3 April 2014

sunyi

Di hening pagi, aku sendiri
Mengharungi kesunyian malam dan kedinginan yang menyamankan
Aku menarik nafas dalam, menghilangkan lelah
Tetapi lelah itu, tidak pergi
Masih menapak dalam jiwa sepi aku
Aku lelah mengenangkan yang aku tak mampu merasai perasaan itu lagi
Aku lelah bila aku tahu jiwa aku sunyi
Aku sendiri, sunyi di sini, tapi aku palingkan kesunyian itu
Sebab aku tahu, aku tidak boleh berbuat apa
Melainkan mengeluh kesah tanpa ada sebab yang munasabah dan logik
Dengan kesunyian ini, aku lebih mengenal erti kekosonngan
Kadang kala aku merasa lebih baik begini, kerana aku hanya tahu memberikan kepedihan kepada orang yang menghampiri aku kelak
Aku lebih rela merasa sunyi daripada aku berpura pura menyayangi
Persoalkan kenapa aku begini? Sunyi dan terus menyembunyikan kesunyian itu?
Aku tidak memberikan jawapan melainkan sedetik kau merasa perasaan sunyi ini
Secara jujurnya, keadaan sebegini mampu membuatkan jiwa kau lebih tabah dan sabar
Pertama kalinya, aku umpama hidup dalam dimensi yang aku sendiri tak tahu ada penghujungnya
Tetapi, lama kelamaan, aku melihat tembok kesunyian itu dan membuatkan aku mahu bermain dengannya
Aku terbiasa bermain dengan kesunyian, terlalu biasa
Dimensi itu menjadikan aku seorang manusia yang terlalu bahagia dalam kesunyian
Lalu tembok tembok itu semakin keras dan aku yakin dimensi ini juga ada penghujungnya juga
Tetapi penghujungnya semakin jauh
Akibat kemesraan aku dengan kesunyian dan tembok sekelilingnya.
Aku yakin, pasti tembok tembok sunyi yang utuh dan keras ini akan pecah jua
Tetapi aku tak pasti bila, kerana kini aku terlalu menikmati kesunyian yang ada di dimensi ini.
Share:

Wednesday, 2 April 2014

marah

Bangun pagi terasa indah dan nyaman seperti biasa, masuk je tengah hari, hampir semua manusia menyebabkan aku rasa nak marah. Aku tak kisah kalau nak berbincang mengenai sesuatu perkara dan memang seronok kalau ide kita diperdebatkan, tapi biar lah logik sikit. dah lah masuk kelas lambat, lepas tu nak buat kepala macam tahu semua. Marah betul aku rasa. Emosi tak terkawal rasanya.

Dulu aku setuju kalau borang cakap bekerjasama atau membuat kerja dengan si kulit hitam akan menghasilkan kerja yang lagi kreatif, tapi sekarang, tak ada beza lagi semua tu. Orang bangang je pegang prinsip tu. Manusia memang tak lepas daripada suka mengkambinghitamkan orang lain, tapi, kalau orang yang dikambinghitamkan tu buat kerja, apa jadah lagi yang kau tak puas hati?

Dulu aku rasa aku boleh membina perpaduan dengan si kulit hitam, tapi sekarang mereka sendiri yang menunjukkan ke aku yang kita sebenarnya kena hidup berpuak. Aku cukup bangkang natang ni. Bukan lah apa, kalau kita tak berpadu, memang kucar kacir lah dunia kita sampai lah putus nafas pun. Tak tahu siapa yang bodoh sebenarnya. nak kata mak bapak, aku yakin, masa abad diorang dulu, diorang dah jalankan amalan perpaduan tu, aku yakin benda alah tu. segelintir je bodoh, buta mata hati lagi, atau kata lain bangang abadi.

Tapi aku musykil lah kan, takkan yang bangang abadi yang hanya segelintir mampu menjadi majoriti bilangannya? Jadi pada konklusi aku, manusia cetek akal bertambah dah sekarang dan dunia yang kononnya maju dihuni oleh manusia manusia yang kecil pemikirannya. Hanya mengharap pada kemajuan teknologi dan otak sendiri yang lebih canggih semakin berkarat dan rosak. Aku tak tahu lah macam mana lagi nak berpadu dekat negara sendiri, sedangkan dalam kelas pun berpuak. Mengarut sangat ke permintaan aku supaya setiap suku kaum bersatu dan segala prejudis bodoh tu disimpan dalma kotak dan campak ke dalam lubang paling dalam, tanam terus! 

Asas manusia yang tak pernah lari dari kesilapan dikaburi dengan sikap prejudis bodoh engkorang! Pergi mampus dengan semua natang bodoh tu. Tak ke mana sikap prejudis tu. Hidup lah kau dalam tempurung, dunia tak berkembang! Eh, marah sangat aku ni, dah lah, nanti carut lagi aku kat sini. Kbai. Assalamualaikum.
Share:

Tuesday, 1 April 2014

rasa


Aku terkedu, aku terkelu
Tapi, aku tak pernah peduli.
Biar lah macam mana pahit pun aku rasa,
Aku tetap akan ketawa,
Orang seperti aku digambarkan seperti orang yang tiada jiwa,
Tapi, masih jiwa aku dihantui rasa,
Rasa sesuatu yang aku tak pasti, yang tak dapat aku deskripsikan
Aku biar kan jiwa aku lelah merasainya,
Sebab aku tahu, akhirya, rasa itu akan mati sendiri dan menguatkan lagi perasaan aku,
Rasa sebegini yang mematangkan jiwa aku daripada terus meratap menangis tak tentu hala,
Aku tahu suatu masa itu akan tiba,
Di mana rantaian kesedihan yang aku sangkakan hilang,
Masih lagi ada dalam jiwa aku,
Aku sekadar manusia yang rasa perasaan itu,
Mengharapkan hilang untuk seketika, mengharapkan hadir untuk seketika yang lainnya,
Dan aku pasti, rasa itu akan terus berkembang dan tersimpan di dalam jiwa aku yang paling dalam,
Ya, rasa itu mematangkan jiwa aku upaya terus tabah,
Tapi, bila aku kesunyian, perasaan itu membunuh aku dalam diam dan seterusnya menghunus ke dalam jiwa aku paling dalam,
Dan aku akan mati dan kalah,
Dan paling parah aku jatuh, menjilat dan mendewakan perasaan itu.
Share:

menangis

Assalamualaikum. alhamdulillah, kewujudan aku masih tidak dinafikan. haha masih diberi kesempatan bernafas di bumi ALlah yang maha luas lagi menyamankan walaupun ada sedikit hura hara yang dicetuskan oleh sesetengah pihak yang kaya, bongkak, bodoh dan dijilat oleh orang orang yang gilakan harta dunia dan naif.

Sekian lama aku tak menupdate di sini. aku hanya mampu mengingat tanpa mengupdate. Nak buat macam mana, busy dengan life aku. sebenarnya tak busy, tapi buat buat busy. Biasalah, aku pun manusia biasa, jealous bila tengok orang berkerjaya sangat walaupun aku tak kisah pun sebenarnya. haha

Sepanjang beberapa bulan aku menyepikan diri daripada berhibur di laman blog ni, aku dah terserempak dengan pelbagai jenis situasi yang terus buat jiwa aku makin kosong, lohong, sepi. aku tak tahu apa yang aku cari. Setiap kali bangun pagi, aku hanya tahu aku nak teruskan kegembiraan yang aku sendiri tak pasti. kesedihan tu benda yang aku tak izinkan sedetik pun jiwa aku rasa. aku hanya membenarkan rasa kekosongan tu sahaja mengisi jiwa.

Kadang kadang aku tewas dalam dunia aku sendiri, tapi aku tak mampu menangis. Aku paksa air mata untuk keluar tapi hanya ketawa yang kedengaran. banyak yang tanya aku, 'bila kau rasa sedih?' atau "aku tengok kau ni, happy je, tak pernah ada masalah ke?'. Aku hanya mampu tersenyum untuk persoalan persoalan sebegitu. Hakikatnya, tiada jawapan yang aku mampu ikhtiarkan untuk menjawab pertanyaan mereka.

Kehadiran kita kadang kadang hanya dirasai seperti angin, yang menyinggah sekejap rasa sejuknya di kulit dan hilang. bagi sesetengah yang lain, kehadiran kita macam parut luka, yang kekal selamanya di kulit kita tak kira perangai kita macam mana ataupun perubahan perangai kita.

Aku tak tahu bila aku mampu mengalirkan air mata, aku tak rasa aku normal berkeadaan sebegini. Aku memaksa diri untuk menangis dengan mengingat perkara perkara yang sedih yang telah, sedang dan mungkin akan berlaku, tapi, aku hanya mampu berimpian aku untuk merasai air mata jatuh di pipi. Aku tak dapat merasai nikmat air mata itu lagi, tapi mungkin di masa depan aku akan merasai jugak. Masa penentu, aku hanya mampu menunggu.
Share: