Sunday, 29 June 2014

ramadhan

Bulan mulia tiba lagi
Meriah gembira disambut
Penuh azam dan semangat
Terasa membara hingga menyerlah bersinar dalam setiap mata si manusia
Tetapi aku
Meski masih menunaikan tanggungjawab itu
Seperti manusia lainnya
Aku merasakan pilu mencengkam dada
Tahun yang ke berapa
Tidak otak aku proseskan untuk aku merasai kesepian meraikan ramadhan ini
Terngiang lagu yang mampu mencerminkan perasaan aku dalam bulan mulia ini
Aku mengharapkan agar ramadhan ini bermakna dan memberikan aku harapan
Agar aku terus menerus kuat
Dalam bermuka dan berhadapan dengan setiap saat mendatang
Segala kenangan memukul akal sedar aku
Semoga ramadhan ini akan memberikan aku sesuatu
Agar aku tidak terus hidup di bawah telapak kaki sendiri
Yang senantiasa memijak aku agar terus terduduk lemah
Dan harapan yang lainnya
Supaya aku mudah berdiri dan terus tersenyum
Bersama sinar dalam mata
Pada ramadhan kali ini

p/s : Salam Ramadhan
Share:

Tuesday, 24 June 2014

pura-pura

Dunia ini pentas
Sebagaimana aktor aktor hebat memainkan watak
Kita juga hebat dalam membawa karakter kita sendiri
Kadang kadang kita membina kubu bagi mengelakkan orang ketahui karakter sebenar diri
Suatu tindakan yang setiap seorang daripada kita lakukan
Di dalam sedar atau di luar sedar
Kerana semua berpura pura
Bahagia
Ketawa
Bagai tiada duka luka dan sengsara
Semuanya megah dengan kehebatan diri
Sehingga kelemahan yang tiada sedar ditayangkan juga
Kekadang kita menilai
Seperti kita tahu semuanya
Tapi kita lupa
Bahawasanya, pembawakan aktor dalam diri setiap masing masing
Adalah berbeza!
Pura pura manusia itu tidak kita tahu bagaimana
Kerana sedang kita ketawa gembira bersama
Masih ada yang memegang belati untuk membunuh kita di belakang
Walhal tidak tahu apa tujuannya dan apa kesalahan kita
Jadi, sebagai manusia biasa
Yang juga mempunyai karakter tersendiri
Juga ada pura pura
Kita jangan lah mudah membiarkan diri sendiri bodoh dalam mengenal diri
Share:

lumpuh

Izinkan aku berkata kata
Tentang sesuatu hakikat dan realiti
Bahawasanya kita manusia, akan kerap alpa dan lupa
Yang kita akan lumpuh jua satu hari nanti
Lumpuh daripada segala kesenangan, kuasa dan pangkat
Kita jatuh merudum dan menjunam
Tenggelam ke dunia yang kita tak pernah pergi

Menangis menjerit meraung
Tiada siapa peduli
Sehingga airmata darah sekali pun yang menemani hidup kau
Tiada siapa akan tunduk dan beri perhatian
Engkau sudah menjadi sampah
Pada mata mata mereka
Kau tiada nilai sementelah kau lumpuh daripada nikmat dunia

Yakinlah segala itu akan datang, pasti!
Tetapi tiada siapa yang mampu meneka dengan tepat bila atau bagaimana
Sama ada dilumpuhkan atau sendiri lumpuh
Perkara perit ialah bila dilumpuhkan
Kerana apabila kau sendiri lumpuh
Itu tandanya Tuhan menguji kau
Dan kau jauh daripada hasad dengki dan jahil orang lain

Setiap daripada kita tahu bagaimana pusingan roda itu
Mata kita nampak tapi hati kita masih buta
Sehingga dilumpuhkan pihak yang mempunyai hasad dengki dan nafsu yang tak tehitung tingginya
Saat itu kau ratap dan tabah sendiri
Kerana manusia yang menjatuhkan kau akan berasa megah
Kerana mampu mengawal segalanya termasuk manusia berakal
Untuk bersama sama melumpuhkan segala yang kau miliki

Waspada dan beringatlah
Kita manusia terlalu asyik dalam dunia yang entah apa apa
Tiada manfaat untuk dunia yang sementara
Tapi kita lupa dunia yang seberang sana
Menanti untuk melahap kita dengan apa yang kita telah lakukan di sini
Dunia fana yang senantiasa menguji kita
Sama ada kita beridiri di jalan hak atau batil


Share:

Sunday, 15 June 2014

ganjil

Dalam kebingungan
Akal aku menyempit
Memikirkan sesuatu perkara yang jarang jarang aku fikirkan
Ganjil bukan?
Tapi biarlah
Aku merelakan akal aku terus menyempit
Untuk berfikir
Sedikit kehadapan dan sedikit emosi
Ganjil lagi
Apabila aku membiarkan emosi aku membebani akal sempit ini
Aku semakin ghairah untuk terus berfikir
Yang hati aku semakin ingin perkara yang mati matian aku nafikan
Aku tidak mampu mengungkap kata sayang apatah lagi menunjuk
Kerana semua itu sudah berlalu
Tapi kini
Aku akui aku ditenggelami emosi
Di kala jam 5, subuh sunyi
Ganjil yang luar biasa
Aku tidak peduli jika kalian memperkatakan itu ini
Aku hanya peduli keganjilan diri kini
Entah mengapa
Di sudut hati kecil aku akui rasa sayang mula terpalit
Tetapi bukan untuk dia sebaliknya untuk dia yang lainnya
Oh, ganjil lagi
Dulu aku sudah ketahui
Bahawa jika menafikan rasa akan mengakibatkan luka
Kini perkara itu berulang lagi
Bukan luka kerana aku membiarkan cinta menggelami jiwa
Tapi luka kerana membiarkan cinta itu pergi
Ganjil bukan?
Menyesalkah aku?
Tidak aku tahu
Yang nyata, aku akan terus tersepit
Dalam keganjilan ini
Dalam kesempitan akal ini
Dan dalam kebingungan yang terus menerus menyesakkan ini


Share:

Thursday, 5 June 2014

penat

Aku bersandar untuk melepaskan lelah
Yang sentiasa melekat tersekat di dalam
Entah bagaimana lagi harus aku lepaskan
Segala lelah ini
Aku semakin letih dan penat
Bertambah malas untuk mencari ikhtiar lagi
Untuk melepaskan segalanya yang tersimpan

Ingin aku ekspresikan
Tapi aku tak jumpa caranya
Ingin aku tatapkan
Tapi aku tak mampu untuk memperlihatkannya
Kekadang keinginan untuk menjadi normal
Seperti yang lainnya
Memuncak muncak
Tapi sampai ke sudah masih tiada pastinya

Dalam kepala sendat dengan persoalan untuk diri sendiri
Bagaimana? Kenapa? Siapa? Apa?
Aku dikatakan ego
Kerana tidak mampu menzahirkan emosi seperti yang selayaknya
Akan tetapi
Tiada aku tahu apakah methodnya
Aku hanya mampu memampuskan segala hal
Kerana aku suka begini
Memikirkan hal hal yang tiada pentingnya

Secara halusnya
Aku begitu sensitif jiwanya
Begitu cuai orangya
Sangat manja sifatnya
Mungkin yang mampu mengenali halusnya aku
Dapat merasai semuanya
Tahu lah satu perkara
Aku lemah orangnya
Yang acap kali inginkan seseorang sentiasa memimpin
Dan menjaga aku hingga ke hujung hayat aku
Share:

Tuesday, 3 June 2014

hina

Aku mungkin nampak biasa
Tidak ada kelainannya bagi kalian untuk melihat aku
Untuk mengenali aku
Sesetengah daripada kalian tidak dapat menerima sebagaimana aku
Bagi sesetengahnya pula
Kalian sangat menggemari untuk mengenali dan mendalami aku
Terima kasih

Tapi tahukah kalian?
Aku hanya manusia hina
Yang mencari cari arah tuju hidup
Dan cuba kembali ke jalan yang sepatutnya
Sehingga aku meminggirkan sesiapa yang menyayangi aku
Untuk aku penuhi kehendak aku yang kebiasannya sia sia
Dan aku terus menerus mencelakakan diri aku!

Ada yang melemparkan kata kata yang pedih dan sinis
Mungkin concern, mungkin juga benci
Aku tadah telinga, mendengar segala kata kata itu
Aku hanya mampu tersenyum selagi mampu bertahan
Dan jangan bertanya mengapa jika aku terus blah
Apabila aku mula mahu memekakkan telinga
Ya, aku masih manusia biasa walaupun hina

Tidak! Aku tidak pernah peduli
Jika kau tahu perkara memalukan tentang diri aku
Jika kau tahu perkara celaka tentang diri aku
Jika kau tahu perkara molek tentang diri aku
Dan juga
Jika kau tahu perkara yang sangat sulit untuk orang lain tahu tentang diri aku
Satu perkara aku mohon, simpan saja lah tentang benda benda itu dalam diri engkau sendiri

Aku akui dan aku sanggup patahkan kaki aku
Untuk aku melutut untuk puaskan hati engkau
Yang aku ini tidak sesuci engkau
Yang disayangi yang lainnya
Yang sentiasa diinginkan kehadirannya
Yang sentiasa disebut sebut tentang baiknuya
Aku akui! Itu bukan lah aku

Tapi tidak banyak yang aku pohon
Selagi aku bernama manusia yang sentiasa hidup dalam khilaf
Aku juga ada jiwa, hati dan perasaan
Yang sukar untuk aku tatapkan untuk orang ramai
Kerana aku seorang manusia yang sentiasa complicated
Dan berfikir untuk sesuatu yang hanya mampu menjatuhkan aku lagi
Kelak
Share: