Saturday, 27 September 2014

korban

Bila jiwa mula berkocak
Bila akal mula memberontak
Aku cuba untuk mengawalnya
Sehabis baik aku sorokkan kegalauan hati
Entah kenapa
Perkara yang mengarut bermain dalam kepala
Kepada engkau manusia pendusta
Aku tidak tahu mengapa tingkah laku kau sebegitu
Apakah kau tidak takut akan kuasa yang Maha Besar?
Apakah kau tidak yakin akan kuasa yang Maha Esa?
Aku gerun memikirkannya
Kini aku dapat lihat kau berjaya
Dengan tenang pada dasarnya
Menikmati keindahan dan keseronokan dunia
Aku tidak peduli kebahagiaan bagaimana yang kau kecapi kini
Tapi engkau mengorbankan kehidupan manusia yang aku sayang
Yang membela aku dari aku tidak tahu apa apa
Mengapa engkau begitu leka dengan dunia?
Aku lemah melihat orang yang aku sayang jatuh
Dan dibodohkan
Aku tidak tegar dengan situasi itu
Sehingga membabi buta dia di pihak engkau
Tidak mengapa
Aku yakin
Bangkai tidak akan lama boleh disimpan
Tahi tidak selamanya tidak berbau
Jadi aku hanya mampu menunggu waktu
Untuk segalanya beransur pulih
Dan tidak selamanya kebodohan boleh menguasai dunia
Ya Allah
Pertahankan dan buktikan tentang kebenaran
Sudahi penderitaan manusia tidak bersalah
Share:

Tuesday, 23 September 2014

drama

Sejak kecil lagi kita terhidang dengan pelbagai perkara
Antara perkara yang acap kali buat kita terganggu ialah drama
Kita sering keliru dalam membezakan antara realiti dan drama
Tapi sebahagian besar daripada kita memilih drama
Bagi aku
Mungkin mereka kekurangan kasih sayang
Mungkin mereka terlalu inginkan pengakhiran hidup yang bahagia
Mungkin mereka tidak kuat untuk hadap realiti
Dan mungkin juga mereka mempunyai masalah mental
Banyak kemungkinannya

Dahulu aku yakin bahawa dunia ini indah
Seperti drama drama yang disajikan pada petang hari
Tetapi setelah satu kejadian yang terjadi pada aku
Aku tahu, hidup ini adalah sebuah realiti
Tiada skrip, produksi, pengarah dan sebagainya
Yang ada hanya diri sendiri dan kehidupan
Yang tiada tentu bagaimana pengakhirannya
Yang tiada tahu bagaimana jalan ceritanya
Yang tiada tahu bagaimana rentak setiap manusia di sekitarnya
Yang aku tahu hanya menghadapi realiti itu!

Kini aku hidup dalam realiti
Di mana kali ini aku melihat sendiri
Manusia yang memilih untuk hidup di alam fantasi
Dalam drama rekaannya sendiri
Jika aku lah penilai
Aku akan menilai drama itu seperti sampah
Bukan kerana soal peribadi
Tapi lebih kepada soal mentaliti dia
Tidakkah dia terasa bodoh?
Tidakkah dia faham apa sebenarnya yang jadi?

Aku simpati dengan dia
Aku terasa ingin membantu
Tapi bagaimana mungkin?
Dia terlalu kerap memburukkan yang lain
Dia terlalu kerap memuji diri sendiri
Hampir hampir dia melakukan perbuatan hina
Tetapi oleh kerana dalam dunia realiti kini ada manusia yang masih prihatin
Lalu dia dipujuk agar memikirkan hal hal yang lain
Tetapi masih dia begitu
Tidak dapat menelan realiti yang terjadi

Manusia yang lainnya mula mahu membenci dia
Ada jua yang masih mengingatkan tentang perihal lalu
Perihal yang mengorbankan seluruh hidup manusia prihatin itu
Menjadi sesuatu yang hak bagi dia
Tetapi manusia prihatin itu tidak mampu menzahirkan cintanya
Kerana realitinya manusia prihatin itu menderita jiwa
Tapi kali ini
Oleh kerana dia masih mahu meneruskan drama yang entah apa apa itu
Aku dengan wajar mengingatkan agar manusia prihatin itu tahu ini dunia realiti
Jangan mudah menyerah seperti suatu ketika dahulu
Share:

Monday, 15 September 2014

baru

Setiap hari aku menginginkan sesuatu yang baru
Baru untuk diri sendiri
Baru untuk orang lain
Baru dalam perhubungan
Baru dalam bercinta
Bahkan aku juga mahu baru dalam mengenaliNya
Aku merindui untuk sentiasa berasa takut
Takut dengan perkara perkara balasan
Oleh itu aku sentasa ingin baru
Supaya setiap yang baru itu buat aku tabah
Selain cuba untuk.gigih menjalani.kehidupan seperti yang sepatutnya
Yang tidak bertentangan norma
Tetapi entah lah
Setiap yang aku mahu tu kekadang hanya terangka dalam akal
Tidak tahu bila tertunai
Share:

Wednesday, 10 September 2014

bodoh

Berulang lagi kebodohan kalian
Tidakkah kalian jemu?
Aku yang memerhati dan mendengar
Hanya mampu berdiam diri
Sebagai tindak balas atas kebodohan kalian
Rasa jemu itu terpalit pada aku
Kerana penyelasaian itu ada
Tetapi memandangkan emosi yang menguasai diri
Segalanya jadi tidak kena
Bijak berkata kata
Bijak bermadah
Hukum Tuhan jua kalian permainkan
Apakah tidak gerun?
Apakah kalian maksum?
Sudah sudah lah
Emosi emosi yang entah apa apa
Campak ke tepi
Biar emosi itu hilang sendiri
Gunakan akal fikiran dengan waras
Buang sifat sifat dan lakonan lakonan celaka kalian
Aku mentah dan masih bisa menggunakan akal fikiran
Mengapa tidak kalian yang sudah mencapai dewasa?
Tidakkah kalian malu
Perkara yang berlalu biarkan
Ya, aku tidak dapat mengerti emosi itu bagaimana
Ya, aku tidak dapat untuk menelaah secara terperinci
Kerana aku sibuk untuk memikirkan cara untuk bahagia
Kerana aku sibuk untuk memikirkan cara memberikan yang terbaik untuk cinta
Sudahilah kebodohan kalian
Usaikan masalah dengan bijaksana
Aku penat untuk berinteraksi dengan manusia cetek akal
Kerana aku masih cetek akalnya
Tidak semenggah dengan umur kalian
Tidak semenggah dengan pengalaman kalian
Jika aku merayu serasa egoku dinoda
Jika aku berkata kata serasa sia sia
Bagaimana lagi cara untuk aku menyampaikan tahap kebodohan kalian
Kerana aku masih mahu menjaga hati kalian
Kerana aku masih mahu menjaga ikatan persaudaraan
Tapi kebodohan yang kalian sendiri pilih dan tunjukkan
Buat akal jiwa aku memberontak
Aku bukan manusia yang mempunyai daya sabar yang tinggi
Kerana aku pendosa jua sama seperti kalian
Serasa putus nafas aku
Serasa hilang suara aku
Untuk terus bersemuka dan bertindakbalas dengan tingkah laku kalian
Apabila sabar aku itu hilang
Dan akal waras aku memampuskan kalian
Detik itu maaf kalian seperti sampah dalam arus sungai yang deras
Detik itu maaf kalian akan aku balas dengan kata kata pedih
Oleh itu, maaf dari kini aku pohon
Andai aku tidak mampu memaafkan kalian atas kebodohan dan tingkah laku yang entah apa apa kini
Share:

Wednesday, 3 September 2014

mood

Gangguan ini semua
Penat hati jiwa menenangkan mental
Penat jua mental menenangkan jiwa
Tunggang langgang segalanya
Cara yang normal serasa tidak normal
Begitu jua sebaliknya
Benci aku begini
Untuk jadi begitu juga aku benci
Tiada istilah aman bagi jiwa raga aku kini
Rasa hampa kecewa mendalam
Rasa gembira itu yang dicari kini
Mungkin disebabkan aku terlalu fikir
Tetapi untuk jadi manusia yang kurang berfikir tidak ketemu caranya
Mood aku terganggu dek hal hal remeh
Mood aku terganggu dek hal hal tak munasabah
Mood aku terganggu dek hal hal emosi
Tiada aku ketemu cara mengatasi semua perkara palat ini
Share: