Tuesday, 23 September 2014

drama

Sejak kecil lagi kita terhidang dengan pelbagai perkara
Antara perkara yang acap kali buat kita terganggu ialah drama
Kita sering keliru dalam membezakan antara realiti dan drama
Tapi sebahagian besar daripada kita memilih drama
Bagi aku
Mungkin mereka kekurangan kasih sayang
Mungkin mereka terlalu inginkan pengakhiran hidup yang bahagia
Mungkin mereka tidak kuat untuk hadap realiti
Dan mungkin juga mereka mempunyai masalah mental
Banyak kemungkinannya

Dahulu aku yakin bahawa dunia ini indah
Seperti drama drama yang disajikan pada petang hari
Tetapi setelah satu kejadian yang terjadi pada aku
Aku tahu, hidup ini adalah sebuah realiti
Tiada skrip, produksi, pengarah dan sebagainya
Yang ada hanya diri sendiri dan kehidupan
Yang tiada tentu bagaimana pengakhirannya
Yang tiada tahu bagaimana jalan ceritanya
Yang tiada tahu bagaimana rentak setiap manusia di sekitarnya
Yang aku tahu hanya menghadapi realiti itu!

Kini aku hidup dalam realiti
Di mana kali ini aku melihat sendiri
Manusia yang memilih untuk hidup di alam fantasi
Dalam drama rekaannya sendiri
Jika aku lah penilai
Aku akan menilai drama itu seperti sampah
Bukan kerana soal peribadi
Tapi lebih kepada soal mentaliti dia
Tidakkah dia terasa bodoh?
Tidakkah dia faham apa sebenarnya yang jadi?

Aku simpati dengan dia
Aku terasa ingin membantu
Tapi bagaimana mungkin?
Dia terlalu kerap memburukkan yang lain
Dia terlalu kerap memuji diri sendiri
Hampir hampir dia melakukan perbuatan hina
Tetapi oleh kerana dalam dunia realiti kini ada manusia yang masih prihatin
Lalu dia dipujuk agar memikirkan hal hal yang lain
Tetapi masih dia begitu
Tidak dapat menelan realiti yang terjadi

Manusia yang lainnya mula mahu membenci dia
Ada jua yang masih mengingatkan tentang perihal lalu
Perihal yang mengorbankan seluruh hidup manusia prihatin itu
Menjadi sesuatu yang hak bagi dia
Tetapi manusia prihatin itu tidak mampu menzahirkan cintanya
Kerana realitinya manusia prihatin itu menderita jiwa
Tapi kali ini
Oleh kerana dia masih mahu meneruskan drama yang entah apa apa itu
Aku dengan wajar mengingatkan agar manusia prihatin itu tahu ini dunia realiti
Jangan mudah menyerah seperti suatu ketika dahulu
Share:

0 comments:

Post a Comment