Tuesday, 27 May 2014

sejenak

Mataku pejam
Untuk ku tahan
Tangis ku linang
Berpanjangan
Makin ku lawan
Makin ku ronta
Tangis ku luruh
Bercucuran
Syukurku sedar sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Jangan lah pulang dengan kekesalan
CintaNya, tak pernah ku agungkan

Gegak gempita dunia
Buat aku leka
Entah bila kesedaran menyentuh jiwa
Makin dibiar makin jauh tersasar
Aku mencari cari dan terus mencari
Aku bersyukur tika aku tersedar dari terus leka
Tetapi itu sementara
Kelak aku pulang ke jalan sesat
Tangis hiba hanya seketika
Menginsafi hinanya diri sebagai hambaNya
Moga aku mampu kekal untuk terus berada di jalan kebenaran
Suatu hari nanti
Tiada apa yang aku pohon
Selain doa kalian

Share:

Wednesday, 21 May 2014

janggal

Suasana baru
Perkara baru
Persekitaran baru
Segalanya baru baru
Pembaharuan baru ini
Membuatkan aku rasa janggal
Aneh berada dalam keadaan ini
Mungkin kedengaran biasa
Kerana setiap sesuatu
Akan kita rasai pembaharuannya
Tapi kali ini aku rasa kelainan
Sesuatu yang mungkin meragukan
Entah lah
Aku musykil untuk terus begini
Hidup dengan kejanggalan
Walaupun seketika
Share:

Saturday, 17 May 2014

membebel

Pagi buta ni, aku rasa sangat lapar. Aku hanya mampu meluahkan rasa lapar aku dalam blog, twitter, wechat je. Sebabnya aku takut nak keluar malam dan aku rasa macam bahaya. Haha mampus lah apa pun, tapi aku takut. Apa kau ingat aku ni tak ada rasa takut ke? So, aku diamkan diri aku dalam bilik, sengsorang. Imaginasikan makanan makanan yang menjadi idaman aku untuk aku lahap time time macam ni. Nak buat macam mana kan, pakwe tak ada, so, tak boleh lah nak buli suruh belikan makanan time time aku lapar macam anak haram ni kan. Sedih jugak lah tak ada pakwe, tapi aku tak sedih sangat lah. Aku sedih lagi tak dapat nak makan. Dan aku sedih jugak lah sebab badan aku makin berisi. Padah makan malam kan, tapi nak buat macam mana, time macam ni lah pun perut aku meragam. Syaiton lah jugak kan. Tapi apa apa pun, bebelan aku tu lah. Pasal lapar. Haa aku rasa nak merajuk dengan semua orang sebab tak nak bagi aku makanan time time aku lapar tenuk semput ni.

Share:

Friday, 16 May 2014

mimpi

Bangun sahaja dari tidur
Kepala aku menjadi tepu
Memikirkan perkara yang dimimpi
Tapi tiada mimpi yang bermain
Aku menginginkan satu mimpi
Yang ada penceritaan
Tentang apa apa sahaja
Supaya aku mampu untuk ketawa
Atas kebodohan aku
Apabila aku terjaga daripada lena
Tidak ada istilah peduli bagi aku
Tentang mimpi yang aku mimpikan dalam lelap aku
Yang aku peduli apabila aku tidur
Ada perkara yang terjadi
Dan menyebabkan otak aku sentiasa berfikir tentang cerita itu
Sepertimana aku berfikir
Tentang cerita dalam real life aku
Aku manusia yang gemar dengan cerita
Dan masih
Aku tidak peduli tentang apa jenis jua cerita
Sama ada yang berlaku di depan mata atau pun di dalam lena
Dan aku benci
Dengan ketepuan otak yang aku alami
Apabila tiada cerita yang boleh buat aku berfikir
Share:

Wednesday, 14 May 2014

aku

Aku
Manusia alpa
Tenggelam dalam dunia
Yang entah apa adanya
Selalu tak rasa puas
Selalu tak rasa dipenuhi segala kehendak

Aku
Sentiasa leka
Dengan keseronokan
Yang entah apa apa
Buat perkara sia sia
Anggap indah benda yang lalai

Aku
Seorang manusia yang kerap kali
Merindui sesuatu
Teramat amat merindui
Yang pernah hilang
Yang pernah jadi hak milik aku

Aku
Selalu rasa kekosongan
Yang entah bila hilangnya
Kekosongan yang melanda jiwa
Lelah sudah merasainya
Entah bila rasa dipunyai dan disayangi
Share:

Monday, 12 May 2014

kenangan

Dengan kecanggihan era masa kini
Aku search segala yang pernah ada kaitan
Dengan kehidupan aku
Suatu masa dahulu
Oh, itu kenangan
Jiwa aku jadi kacau bilau
Segala yang terjadi
Bermain depan mata
Macam diulang tayang

Aku manusia yang dikata bersalah
Sedangkan dia yang hebat manipulasi keadaan
Busuk dia dapat ditutup
Tapi tidak aku
Ya, aku merelakan beban dia diletak
Pada tulang rangka aku
Supaya lagi mampat, padat
Dan menjadi perkara yang terus melekat
Pada jasad aku
Selagi aku bernyawa

Aku terpempan, terdiam
Menerima segala layanan yang seakan pulauan
Daripada kalian
Oh, tidak mengapa
Ada hikmahnya semua itu terjadi
Dan itu ialah kenangan
Yang paling mampu membuatkan aku rasa
Dihukum dan cukup untuk aku
Mengasingkan diri
Daripada kalian

Cukup lah aku melihat kesayangan kesayangan aku itu
Suatu ketika dahulu
Tersenyum bahagia
Sesama mereka
Menikmati 'roller coaster' dunia
Aku di sini
Yang masih menggunung rasa bersalah
Untuk perkara itu
Mendoakan yang terbaik
Dan semoga kalian sejahtera sentiasa
Share:

Sunday, 4 May 2014

sudut

Aku berdiri
Sendirian
Melihat keindahan Tuhan
Oh, indah
Tapi
Aku memarkirkan diri aku
Di satu sudut
Dalam ruang kecil itu

Aku berdiri
Sendirian
Membiarkan fikiran aku terbang
Mencapai infiniti
Entah apa
Aku tak peduli

Aku berdiri
Sendirian
Di sudut itu
Cuba menghadam
Melumat
Segala perkara yang buat
Sistem pemikiran aku padat
Share:

Saturday, 3 May 2014

lagu

Aku termangu
Sendiri
Di tepi jendela
Memandang ke dalam gelapnya malam
Dingin

Dalam kepala
Tergambar
Seperkara yang sekian lama aku inginkan
Seseorang yang aku sayang
Memainkan lagu
Yang dicipta
Special
Just for me

Dengan bunyi gitar
Memancing jiwa aku
Untuk melihatnya
Untuk mendalami liriknya

Di mana
Aku tidak peduli
Persetankan
Yang penting
Halusnya lagu itu
Terus mengusik jiwa aku
Yang sekian lama kering
Lemau
Entah bila
Ada lagu untuk aku
Oleh si dia
Share: