Bangun sahaja dari tidur
Kepala aku menjadi tepu
Memikirkan perkara yang dimimpi
Tapi tiada mimpi yang bermain
Aku menginginkan satu mimpi
Yang ada penceritaan
Tentang apa apa sahaja
Supaya aku mampu untuk ketawa
Atas kebodohan aku
Apabila aku terjaga daripada lena
Tidak ada istilah peduli bagi aku
Tentang mimpi yang aku mimpikan dalam lelap aku
Yang aku peduli apabila aku tidur
Ada perkara yang terjadi
Dan menyebabkan otak aku sentiasa berfikir tentang cerita itu
Sepertimana aku berfikir
Tentang cerita dalam real life aku
Aku manusia yang gemar dengan cerita
Dan masih
Aku tidak peduli tentang apa jenis jua cerita
Sama ada yang berlaku di depan mata atau pun di dalam lena
Dan aku benci
Dengan ketepuan otak yang aku alami
Apabila tiada cerita yang boleh buat aku berfikir
0 comments:
Post a Comment