kepala aku sentiasa bergerak
jiwa aku sentiasa bergelodak
hati aku sentiasa memberontak
tidak aku mengerti rasa ini
aku jua ingin tahu mengapa begini rasanya
serasa diri aku dikhianat dalam diam
mungkin hanya aku sendiri yang berprasangka
dan memikirkan hal yang tidak tidak
aku akui bila dibebani rasa begini
aku harap segala rasa itu mati
kerana pedih untuk terus begini
atau rasa ini boleh terus dikuasai emosi
kekadang hasilnya mengecewakan
kekadang hasilnya ajaib
adakalanya ragu ragu itu tidak perlu
adakalanya ragu ragu itu perlu
pilihannya ada dalam tangan sendiri sendiri
rasionalkan pemikiran
ketepikan hal hal emosi
kalian tahu mengapa?
kerana sifat ini lah yang mengarah kepada perpecahan
kita tahu hidup ini ada ketentuanNya
jadi mengapa yang tidak tidak menguasai diri
jika ada akal boleh berfikir secara waras?