Saturday, 23 August 2014

analisa

Kini aku menulis lagi
Masih jua berkisar mengenai manusia
Kerana aku jua manusia
Setelah aku perhati
Kepala otak aku yang mentah ini cuba menganalisa
Mengapa, bila dan bagaimana
Makin lama aku menganalisa
Makin aku tertekan
Aku benci untuk terus menganalisa
Engkau tahu mengapa?
Kerana manusia kini terlalu selesa mempunyai perangai yang entah apa apa
Yang tidak mahu menyelesaikan perkara yang mudah
Terlalu tenggelam dan selesa berada dalam situasi yang sulit
Aku tidak faham apa yang ada dalam kepala mereka
Sedangkan yang mudah itu terbentang luas
Sedangkan yang mudah itu hanya perlu dilakukan
Mengapa mahu menyulitkan segala perkara?
Apakah kau tidak rasa benci berada dalam situasi sulit?
Apakah mereka tiada suka akan kesenangan?
Apakah selesa berada dan terus hidup dalam emosi?
Tidakkah mereka ada akal yang waras untuk berfikir?
Dan aku sekali lagi ingin menekankan
Aku benci untuk terus menganalisa
Kerana segalanya buat aku rasa segala perkara itu pukimak
Atau mungkin aku dan hanya beberapa manusia sahaja uang mampu berfikir
Dan sependapat dengan aku tentang perkara ini?
Share:

Monday, 18 August 2014

palsu

Dalam akal waras aku ini
Pelbagai perkara yang difikirkan
Kekadang aku mengharap agar aku boleh bebas
Bebas daripada memikirkan itu ini
Kekadang aku mengharap agar segala yang aku fikir itu palsu
Sebagaimana palsu manusia berkata kata
Sebagaimana palsu manusia bereaksi
Sebagaimana palsu manusia berinteraksi
Aku penat menjadi bodoh
Dan terus hidup dalam segala kepalsuan itu
Lemahnya aku untuk terus aku berdiri
Dan terus bergerak maju apabila semuanya hanya melemparkan kata kata
Tiada nyata perbuatan yang mampu aku percaya
Serasakan palsu itu tiada pisahnya dengan manusia kini
Apakah kalian hanya bisa bebicara itu ini?
Apakah kalian tidak mampu membuat perkara yang nyata agar aku mampu percaya?
Jiwa aku kian layu kerana terbaja dengan perbuatan yang entah apa apa
Adakah salah aku apabila tiada percaya untuk kalian?
Adakah salah aku apabila aku hanya melihat kalian berbicara maha hebat tanpa diiringi perbuatan yang mampu buat aku percaya?
Adakah salah aku jika aku letakkan satu garisan agar aku berwaspada untuk mempercayai sifat kalian?
Share:

Friday, 15 August 2014

kaku

Setelah aku ditenggelami badai dunia
Aku sesak
Aku rasa putus
Kepada Dia aku berserah
Memohon dan meminta bagi aku kaku buat seketika
Selama hampir 10 jam
Aku diizikan olehNya untuk pergi ke dunia sepi
Dunia yang tiada penghuni
Sekadar ada beberapa manusia terdekat
Di sana aku merintih
Berkata kata tentang tiada apa
Entah apa yang terjadi
Hanya pada visual mata aku sahaja
Ramai yang menyayangi dan melindungi aku
Tetapi berikutan badai yang aku sendiri harung
Aku masih berdiri di atas tembok itu
Sambil mata aku kabur
Melihat ke bawah orang orang yang ingin aku masih tetap utuh berdiri
Di dunia itu
Aku tak kuat
Aku palat
Aku kosong
Setelah sedar ke dunia realiti
Manusia manusia yang ada bersama aku di dunia yang lainnya
Masih bersama
Ya Allah, betapa aku menyayangi mereka
Betapa aku memerlukan mereka
Jadi apa jua badai yang mendatang kemudian
Aku harap mereka masih bersama
Masih mahu memegang erat tangan aku
Memegang erat hati dan jiwa aku
Agar aku boleb menempuh segala tekanan dunia
Dan bersama mereka hingga akhir hayat aku
Terima kasih sayang sayang aku sekalian
Terima kasih
Share:

Wednesday, 13 August 2014

kelu

Petah kata kata itu tiada kini
Bijak berfikir itu sendat kini
Membuat perkara yang berkeinginan itu palsu kini
Bergembira secara alpa itu harapan kini
Kerana kini aku kelu
Kelu untuk petah berkata kata
Kelu untuk bijak berfikir
Kelu untuk membuat yang ingin ingin
Kelu untuk gembira alpa
Aku terhenyak pada sesuatu
Sesuatu yang aku tidak pasti kesudahnnya
Aku semakin jatuh dan tersungkur
Aku bakal bertemu luka yang entah bagaimana pedihnya
Aku tahu aku perlu ruang
Ruang bersendiri
Ruang berimaginasi
Untuk aku tidak terus lemah dan jatuh
Tapi tidak mampu aku ungkapkan untuk diberi ruang
Kerana aku tahu tiada dayanya aku untuk terlepas
Lalu aku terkelu
Kerana tiada apa mampu aku lafazkan dengan kata kata
Share:

Tuesday, 12 August 2014

kalah

Aku melihat satu situasi
Manusia kalah berhadapan dengan dugaan
Manusia kalah berhadapan dengan ujian
Dengan mata kepala aku
Segalanya berlaku
Terbayang aku dengan situasi dulu
Situasi di mana aku meratap menjadi bodoh
Pedihnya peritnya
Tak tertanggung rasanya
Aku pernah sebegitu dahulu
Kini aku lihat yang lainnya menempuh situasi itu
Aku kasihan
Kerana dia aku sayang
Kerana dia aku cinta
SItuasi begitu aku harapkan aku sahaja yang tempuh
Tidak manusia yang aku sayang kini
Ya Allah, kuatkan hatinya
Kentalkan jiwanya
Jangan biarkan dia terus kalah dengan dugaanMu
Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan dia
Aku sebagai insan yang menyayangi dia
Tidak sanggup melihat dia merintih sedih
Allahuakbar!
Share: