Wednesday, 13 August 2014

kelu

Petah kata kata itu tiada kini
Bijak berfikir itu sendat kini
Membuat perkara yang berkeinginan itu palsu kini
Bergembira secara alpa itu harapan kini
Kerana kini aku kelu
Kelu untuk petah berkata kata
Kelu untuk bijak berfikir
Kelu untuk membuat yang ingin ingin
Kelu untuk gembira alpa
Aku terhenyak pada sesuatu
Sesuatu yang aku tidak pasti kesudahnnya
Aku semakin jatuh dan tersungkur
Aku bakal bertemu luka yang entah bagaimana pedihnya
Aku tahu aku perlu ruang
Ruang bersendiri
Ruang berimaginasi
Untuk aku tidak terus lemah dan jatuh
Tapi tidak mampu aku ungkapkan untuk diberi ruang
Kerana aku tahu tiada dayanya aku untuk terlepas
Lalu aku terkelu
Kerana tiada apa mampu aku lafazkan dengan kata kata
Share:

0 comments:

Post a Comment