Aku melihat satu situasi
Manusia kalah berhadapan dengan dugaan
Manusia kalah berhadapan dengan ujian
Dengan mata kepala aku
Segalanya berlaku
Terbayang aku dengan situasi dulu
Situasi di mana aku meratap menjadi bodoh
Pedihnya peritnya
Tak tertanggung rasanya
Aku pernah sebegitu dahulu
Kini aku lihat yang lainnya menempuh situasi itu
Aku kasihan
Kerana dia aku sayang
Kerana dia aku cinta
SItuasi begitu aku harapkan aku sahaja yang tempuh
Tidak manusia yang aku sayang kini
Ya Allah, kuatkan hatinya
Kentalkan jiwanya
Jangan biarkan dia terus kalah dengan dugaanMu
Engkau Maha Mengetahui apa yang ada di hadapan dia
Aku sebagai insan yang menyayangi dia
Tidak sanggup melihat dia merintih sedih
Allahuakbar!
0 comments:
Post a Comment