Monday, 13 April 2015

kangan

Tika mata aku tertancap di siling
Mesin dalam kepala aku memproses
Memperlihat kenangan lepas

Bahagianya
Indahnya
Gembiranya!

Bila lagi mahu bahagia begitu?
Bila lagi mahu mempunyai detik indah itu?
Bila lagi mahu gembira maksima itu?

Ahhh!
Tak mampu aku lawan rasa ini
Kangan!

Share:

Sunday, 5 April 2015

tahniah

Aku mahu jadi bodoh
Aku mahu jadi buta
Aku mahu jadi tuli
Aku mahu jadi bisu

Itu dulu
Bila jiwa berontak mahu

Bodoh sudah sebati
Buta dibawa mati
Hidup mula tuli
Bisu peneman diri

Tahniah
Kau jadikan aku manusia bertuah!

Share:

Friday, 3 April 2015

samba

Waktu itu
Kamu teman aku
Kita bersama bermadu
Dan irama samba berlagu
Kita ikut rentak lagu
Tak peduli apa apa ketika itu

Tapi aku ada sesuatu
Rencana untuk kamu
Detik demi detik ditunggu
Lalu aku mengambil minumanmu
Dikacau campur dengan serbuk itu
Kamu minum lantas tubuhmu kaku

Aku berjaya
Dendam terlaksana
Aku tersenyum gembira
Menikmati alunan samba

Share:

Wednesday, 1 April 2015

tikam

Pedih!
Kau tusuk laju belakang aku
Gembira betul kau si pelaku

Tapi
Kau pengecut
Persis setan!

Share: