Tuesday, 3 June 2014

hina

Aku mungkin nampak biasa
Tidak ada kelainannya bagi kalian untuk melihat aku
Untuk mengenali aku
Sesetengah daripada kalian tidak dapat menerima sebagaimana aku
Bagi sesetengahnya pula
Kalian sangat menggemari untuk mengenali dan mendalami aku
Terima kasih

Tapi tahukah kalian?
Aku hanya manusia hina
Yang mencari cari arah tuju hidup
Dan cuba kembali ke jalan yang sepatutnya
Sehingga aku meminggirkan sesiapa yang menyayangi aku
Untuk aku penuhi kehendak aku yang kebiasannya sia sia
Dan aku terus menerus mencelakakan diri aku!

Ada yang melemparkan kata kata yang pedih dan sinis
Mungkin concern, mungkin juga benci
Aku tadah telinga, mendengar segala kata kata itu
Aku hanya mampu tersenyum selagi mampu bertahan
Dan jangan bertanya mengapa jika aku terus blah
Apabila aku mula mahu memekakkan telinga
Ya, aku masih manusia biasa walaupun hina

Tidak! Aku tidak pernah peduli
Jika kau tahu perkara memalukan tentang diri aku
Jika kau tahu perkara celaka tentang diri aku
Jika kau tahu perkara molek tentang diri aku
Dan juga
Jika kau tahu perkara yang sangat sulit untuk orang lain tahu tentang diri aku
Satu perkara aku mohon, simpan saja lah tentang benda benda itu dalam diri engkau sendiri

Aku akui dan aku sanggup patahkan kaki aku
Untuk aku melutut untuk puaskan hati engkau
Yang aku ini tidak sesuci engkau
Yang disayangi yang lainnya
Yang sentiasa diinginkan kehadirannya
Yang sentiasa disebut sebut tentang baiknuya
Aku akui! Itu bukan lah aku

Tapi tidak banyak yang aku pohon
Selagi aku bernama manusia yang sentiasa hidup dalam khilaf
Aku juga ada jiwa, hati dan perasaan
Yang sukar untuk aku tatapkan untuk orang ramai
Kerana aku seorang manusia yang sentiasa complicated
Dan berfikir untuk sesuatu yang hanya mampu menjatuhkan aku lagi
Kelak
Share:

0 comments:

Post a Comment