Izinkan aku berkata kata
Tentang sesuatu hakikat dan realiti
Bahawasanya kita manusia, akan kerap alpa dan lupa
Yang kita akan lumpuh jua satu hari nanti
Lumpuh daripada segala kesenangan, kuasa dan pangkat
Kita jatuh merudum dan menjunam
Tenggelam ke dunia yang kita tak pernah pergi
Menangis menjerit meraung
Tiada siapa peduli
Sehingga airmata darah sekali pun yang menemani hidup kau
Tiada siapa akan tunduk dan beri perhatian
Engkau sudah menjadi sampah
Pada mata mata mereka
Kau tiada nilai sementelah kau lumpuh daripada nikmat dunia
Yakinlah segala itu akan datang, pasti!
Tetapi tiada siapa yang mampu meneka dengan tepat bila atau bagaimana
Sama ada dilumpuhkan atau sendiri lumpuh
Perkara perit ialah bila dilumpuhkan
Kerana apabila kau sendiri lumpuh
Itu tandanya Tuhan menguji kau
Dan kau jauh daripada hasad dengki dan jahil orang lain
Setiap daripada kita tahu bagaimana pusingan roda itu
Mata kita nampak tapi hati kita masih buta
Sehingga dilumpuhkan pihak yang mempunyai hasad dengki dan nafsu yang tak tehitung tingginya
Saat itu kau ratap dan tabah sendiri
Kerana manusia yang menjatuhkan kau akan berasa megah
Kerana mampu mengawal segalanya termasuk manusia berakal
Untuk bersama sama melumpuhkan segala yang kau miliki
Waspada dan beringatlah
Kita manusia terlalu asyik dalam dunia yang entah apa apa
Tiada manfaat untuk dunia yang sementara
Tapi kita lupa dunia yang seberang sana
Menanti untuk melahap kita dengan apa yang kita telah lakukan di sini
Dunia fana yang senantiasa menguji kita
Sama ada kita beridiri di jalan hak atau batil
0 comments:
Post a Comment