Thursday, 3 April 2014

sunyi

Di hening pagi, aku sendiri
Mengharungi kesunyian malam dan kedinginan yang menyamankan
Aku menarik nafas dalam, menghilangkan lelah
Tetapi lelah itu, tidak pergi
Masih menapak dalam jiwa sepi aku
Aku lelah mengenangkan yang aku tak mampu merasai perasaan itu lagi
Aku lelah bila aku tahu jiwa aku sunyi
Aku sendiri, sunyi di sini, tapi aku palingkan kesunyian itu
Sebab aku tahu, aku tidak boleh berbuat apa
Melainkan mengeluh kesah tanpa ada sebab yang munasabah dan logik
Dengan kesunyian ini, aku lebih mengenal erti kekosonngan
Kadang kala aku merasa lebih baik begini, kerana aku hanya tahu memberikan kepedihan kepada orang yang menghampiri aku kelak
Aku lebih rela merasa sunyi daripada aku berpura pura menyayangi
Persoalkan kenapa aku begini? Sunyi dan terus menyembunyikan kesunyian itu?
Aku tidak memberikan jawapan melainkan sedetik kau merasa perasaan sunyi ini
Secara jujurnya, keadaan sebegini mampu membuatkan jiwa kau lebih tabah dan sabar
Pertama kalinya, aku umpama hidup dalam dimensi yang aku sendiri tak tahu ada penghujungnya
Tetapi, lama kelamaan, aku melihat tembok kesunyian itu dan membuatkan aku mahu bermain dengannya
Aku terbiasa bermain dengan kesunyian, terlalu biasa
Dimensi itu menjadikan aku seorang manusia yang terlalu bahagia dalam kesunyian
Lalu tembok tembok itu semakin keras dan aku yakin dimensi ini juga ada penghujungnya juga
Tetapi penghujungnya semakin jauh
Akibat kemesraan aku dengan kesunyian dan tembok sekelilingnya.
Aku yakin, pasti tembok tembok sunyi yang utuh dan keras ini akan pecah jua
Tetapi aku tak pasti bila, kerana kini aku terlalu menikmati kesunyian yang ada di dimensi ini.
Share:

0 comments:

Post a Comment