Kau pernah tak terfikir kenapa kau cuba sesuatu yang baru?
Kau pernah tak terfikir alangkah bagusnya kalau kau tak cuba sesuatu tu?
Kau pernah tak rasa menyesal lepas cuba apa yang tak sepatutnya kau cuba?
Kekadang kau rasa seronok bila buat benda baru
Kau akan rasa macam dunia ni ada dalam genggaman kau
Sampai kau rasa kau mampu menundukkan manusia sekelilingnya
Walhal kau tak ada kuasa
Hanya sebab kau cuba sesuatu yang baru
Ramai yang tunduk hormat kat kau, jadi kuli kau
Bagi mereka kau lah wira, kaulah raja sehingga kau megah dan bangga
Tapi bila kemegahan kau hilang dan tiada lagi benda baru untuk kau cuba
Kau mula dipinggirkan, diketepikan
Umpama sampah dalam sungai, dilihat tanpa perlu dikutip
Bagi mereka kau dah tiada harga, taring kau dah hilang
Lalu kau cuba lagi, tapi cubaan kau hanya dipandang enteng
Tidak lagi kau rasa kemegahan dulu
Manusia manusia hanya memandang kau seperti mencari publisiti murahan
Yang terdesak mahukan perhatian
Bila kau berkata kata, kau hanya dipandang kosong walaupun itu perkara yang konkrit
Akhirnya kau keseorangan, bersendirian
Tidak lagi kau cuba melakukan perkara yang baru
Tetapi kau meneruskan kehidupan seperti biasa
Seperti manusia yang tiada harga diri di mata manusia yang lain
Namun kau tahu kau masih berhutang pada yang Hak
Kau tidak ambil peduli lagi dengan manusia
Kau mula cuba untuk berdamping dengan Maha Esa
Kau mula cuba untuk mencari jalan kebenaran
Di mana saat itu manusia yang melihat kau seperti sampah
Mula mengangkat kau kembali, menyebut nyebut nama kau seperti zaman kemegahan kau
Tapi kau pilih untuk cuba tinggalkan dunia itu kerana kau lebih mengutamakan hutang kau kepada-Nya
Kau dicaci dihina kerana cubaan itu
Kini kau sedar, manusia memang hanya memandang perkara dunia
Dan setiap perkara pasti ada hinaan dan pujian
Mulai saat itu, kau terus cuba untuk menguasai dunia juga akhirat
Dan kau bermohon diri kau disucikan daripada perasaan megah seperti dahulu
Kau cuba yakin dengan itu dan kau memperoleh keyakinan yang abadi
0 comments:
Post a Comment