Wednesday, 9 April 2014

parut

Apa yang kau rasa bila letak garam pada luka?
Apa akan jadi pada luka itu?
Adakah kau menangis atau berpura pura tiada rasa apabila kau merasai kepedihan itu?
Adakah kau akan sedih apabila terhasilnya parut daripada luka itu?
Dalam akal kau
Kau akan mencuba segala ikhtiar bagi menghilangkan parut itu
Bagi kau, parut itu umpama perkara yang kau tidak mahu ingat
Tapi kau terpaksa merelakan minda kosong kau dibawa arus kenangan
Kenangan yang membuatkan parut itu wujud
Sampai satu masa
Kau putus asa untuk mencari ikhtiarnya lagi
Kerana parut itu tidak akan pernah hilang
Parut itu akan terus kekal walaupun dikikis habis
Putus asa yang dirasai mengakibatkan kau mula mencekalkan diri kau
Tidak sanggup lagi kau menambahkan luka dan parut yang sedia ada
Lalu kau lindung diri kau daripada tercela dan terluka dan teraniaya
Kau kemaskan diri kau daripada mengulangi kesalahan dan kecelakaan yang sama
Kerana parut itu kau derita
Kerana parut itu kau sengsara
Kau gagahkan diri daripada menjadi insan bodoh menatap keperitan parut itu
Masa depan yang samar memungkinkan parut baru tercipta
Kau tahu dalam sesaat semua perkara dapat diubah
Jadi kau pilih untuk menjadi begini dan bukan begitu, yang dahulu.
Share:

0 comments:

Post a Comment