Monday, 7 April 2014

setia

Pada aku, setia perkara yang mudah
Sama seperti rutin rutin hidup yang lain
Setia itu maksudnya kita terima baik buruk si dia
Tidak menilai dengan sebelah mata
Menggunakan akal untuk memahami setiap tindak tanduk si dia
Tidak mustahil untuk setia
Jika kasih untuk si dia ada di dalam hati suci kau
Tidak berteraskan nafsu atau harta atau mungkin untuk kepentingan sendiri
Setia lahir daripada jiwa yang luhur dan tulus
Tetapi manusia memilih lagi untuk tidak setia
Kerana ada yang mengatakan bahawa setia itu perkara sia sia
Bagi aku, setia bukanlah perkara sia sia
Setia merupakan salah satu cara untuk kau mendidik jiwa agar bersabar
Tidak cepat melatah dan sentiasa membuat yang terbaik dalam hidup
Tidak kira hidup kau atau si dia
Tidak perlu lafaz ayat cinta terus menerus jika hati dipalit kehitaman
Erti setia dalam perhubungan, dipandang ringan
Kepada manusia yang setia jiwanya
Aku yakin, jiwa mereka tabah dan cekal
Kerana suatu ketika dulu, setia itu yang menemani kehidupan aku
Sehingga aku menjadi seorang manusia yang tidak berjiwa kini
Sifat setia itu tidak salah
Tetapi aku yang salah, setia kepada perkara yang sia sia
Setelah diamati, setia kepada Yang Esa, pengubat segala derita
Kesabaran yang tertanam daripada sifat kesetiaan terus teguh dengan udara dariNya
Tiada yang layak menerima kesetiaan daripada manusia selain Yang Maha Penyayang
Walaupun segelintir begitu mudah mempersendakan kesetiaan
Percayalah, suatu hari nanti, kalian akan merasakan kepedihan akibat perbuatan kalian
Share:

0 comments:

Post a Comment