Wednesday, 18 March 2015

21

Pada 5 Syawal 1414, si ibu bermatian untuk melahirkan anaknya. Sebaik tamat berkumandangnya azan subuh lahirnya si anak. Si ibu menangis kegembiraan dan si ayah bersyukur tak terkira. Lalu diberi nama dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Tiada tolok bandingnya.

Kehidupan si anak mungkin agak sunyi kerana dilahirkan tunggal. Tetapi tidak menjadi masalah bagi dia kerana ada kawan kawan dan sering bermain dengan kawan kawan. Dia lah racun, dia lah penawar bagi si ibu dan si ayah. Segala kehendak si anak, pasti dituruti.

Tetapi setiap kehidupan mesti ada dugaan yang tersendiri. Maka si anak ditimpa dugaan besar apabila si ibu dan si ayah nekad untuk berpisah. Jodoh sudah habis, kata si ayah apabila si anak bertanya. Mahu tidak mahu, dia mendiamkan diri dan kebahagiaan keluarga yang pernah dinikmati dulu, kini menjadi kenangan yang paling sukar nak buang. Kini dia kerap muram dan mula bertingkah macam tiada tuhan.

Konon si anak membawa hati dengan si ayah, maka dia mengambil keputusan untuk menetap di satu lubuk bersama si ibu. Di lubuk itu si anak makin lupa dengan tujuan hidupnya. Misi dia, matlamat dia, prinsip dia - sekadar kata kata je. Dia jauh menyimpang. Dia lalai. Dia malas nak fikir rasa rajuk dan bayangan kenanga indah dulu. Dia malas. Dia menyampah!

Dia tidak peduli akan nasihat si ibu dan si ayah. Dia lupa untuk kenal diri sendiri. Dia asyik dengan dunia sendiri dan sibuk untuk merasai cinta palsu yang pukimak sehingga dia tersedar dan jatuh. Ya, dia jatuh kerana terlalu agung dan taksub dengan cinta itu. Dia bodoh!

Dia mula merangkak, mencari kasih ayah dan ibu. Walaupun si ayah dan si ibu telah terpisah, mereka tetap cuba yang terbaik untuk anak mereka. Menjadi yang terbaik. Manusia tiada yang sempurna. Si ayah bersama keluarganya yang baru. Si ibu masih sibuk dengan urusan kehidupan sendiri. Giliran si anak untuk menjadi yang terbaik setelah mensiasiakan peluang itu selama dua tahun. Tetapi, si anak masih dalam fasa cuba berlari kerana dia masih kerap jatuh.

Suatu hari, si anak mengambil keputusan untuk melatih diri untuk lebih berdikari. Jadi dia mengambil keputusan untuk bekerja dan di tempat itu, dia bertemu dengan jejaka yang berjaya meyakinkan cinta itu adalah nyata. Bukan seperti cinta hina sebelum ini. 

Dugaan tandang lagi apabila jejaka itu sudah pernah berkahwin. Jodoh ajal semua telah ditentukan oleh tuhan. Jika sudah tertulis jodoh mereka, maka bersamalah mereka. Kini perhubungan mereka telah mencapai tahap pertunangan. Halangan tiada dari pihak keluarga. Si ayah bersyukur dan jelaslah dia amat gembira. 

Masa depan belum pasti. Si anak hanya mampu berserah dalam hati. Esok lusa mungkin bahagia, mungkin derita. Kerap juga si anak mengeluh akibat rasa gayat dia untuk perkara itu. 

Kini hanya syukur di hati. Dia masih kuat untuk segala yang jadi. Alhamdulillah. Moga selepas ini si anak akan cepat dewasa. 

Selamat hari lahir untuk si anak.
Share:

0 comments:

Post a Comment