Wednesday, 12 November 2014

dunia

Celik mata terasa bencana
Jiwa tidak keruan
Dek penangan orang gila
Datang umpama tinggi ilmu di dada
Tidak mengapa

Setiap sesuatu ada hikmah dari sang Pencipta
Tiada kalian tahu kebenaran
Tiada kalian tahu bagaimana azabNya
Tiada kalian tahu kekuatan setiap satu manusia
Tidak mengapa

Bercakap seumpama pemegang dunia
Sana sini mencanang cerita
Tagih simpati daripada pihak yang pelbagai
Membuka aib tanpa rasa segan silu
Tidak mengapa

Cabaran itu semua
Aku dicucuk sehingga hilang keselesan segala
Aku dibentak sehingga lumpuh berbicara
Aku dicarik jiwa sehingga patah semuanya
Tidak mengapa

Di sini aku berbicara
Mengenai dunia
Sehingga setiap saat aku memikir cara
Untuk tidak menjadi dia
Moga dipermudahkan olehNya

Ingat! Ini semua hal dunia
Mungkin aku pandang enteng sesetengah perkara
Tapi sebagai insan biasa
Aku tahu aku mampu menjadi insan yang teguh peganganNya
Tidak mengapa jika aku begini sementara

Putaran masa sentiasa ada
Kini aku dibawah kerana mungkin nanti aku di puncak
Sebagai manusia yang sedar akan realiti
Mungkin Tuhan mahu aku belajar dengan cara ini
Tidak mengapa

Aku buka mata hati dan lapangkan minda serta jiwa
Dalam menjadi lebih pintar dan berhati hati
Dalam mengenal manusia pelbagai
Dalam memproses ini juga salah satu cara seimbangkan mental dan jiwa
Tidak lupa juga seimbangkan ekosistem manusia sejagat

Ya Tuhan, biar aku kelihatan durjana di dunia
Dan semoga aku kelihatan mulia di dunia yang lainnya
AMIN AMIN AMIN
Share:

0 comments:

Post a Comment